Pekan Pengkalan Kubor, Jadi Tumpuan Musim Cuti Sekolah Dan Cuti Perayaan.


Pekan Pengkalan Kubor, yang bersempadan dengan pekan Takbai, Thailand dan kira-kira 25 kilometer daripada Bandar Kota Bharu, merupakan sebuah pekan yang mempunyai Kawasan Bebas Cukai. Pekan ini menjadi tumpuan pelancung dari dalam negeri apabila setiap kali tiba musim cuti sekolah dan cuti perayaan.

Kawasan seluas lebih kurang 25,175 meter persegi ini bagaikan terlalu sempit apabila pengunjung-pengunjung datang berpusu-pusu dan bilangan kenderaan terlalu banyak dan sukar untuk meletak kenderaan.Bilangan tempat meletak kenderaan adalah terlalu terhad untuk menampung limpahan kenderaan yang datang.




                                             
                               Kenderaan memenuhi Kawasan Bebas Cukai                 

Pelbagai barang yang dijual disini, seperti barang-barang kegunaan harian,pakaian ,dan peralatan dapur dan sebagainya menarik minat pengunjung-pengunjung dari luar dan dalam negeri. Beberapa orang pengunjung ditemui berkata, mereka  lebih suka datang ke sini kerana pelbagai barang boleh didapati dan harganya adalah berpatutan. Keadaan dalam kawasan ini  adalah lebih selesa untuk membeli belah, tetapi amat sukar bagi mereka untuk meletak kenderaan.

                                               Antara barangan yang dijual

Berpotensi

Kawasan ini adalah amat berpotensi sekiranya dimajukan lagi, dan pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya seperti meluaskan lagi kawasan ini terutamanya mengadakan tempat-tempat meletak kenderaan yang lebih banyak. 

                                                       
                                           Tempat pemeriksaan kastam yang 
                                           begitu sibuk ketika musim cuti

Tidak dinafikan, yang kawasan ini telah pun ada tempat-tempat rehat bagi pengunjung-pengujung, tetapi ia tidak mencukupi. Sekiranya ia diperluaskan, banyak tempat-tempat rehat boleh diadakan dengan menambahkan prasarana yang boleh menceriakan kawasan ini dan menjadi produk pelancungan yang menguntungkan bagi negeri Kelantan.