Takbai, Narathiwat, Keganasan terbaru di Selatan Thai berlaku di Pekan Takbai, Narathiwat pada 20hb.Januari,2011(Khamis) melibatkan 2 orang mati ditembak dan seorang cedera parah apabila sekumpulan penjenayah menyerang dan merompak premis mereka.Ketiga-tiga mereka yang malang itu menjalankan perniagaan pertukaran mata Wang (Money Changer).Lelaki yang cedera parah itu adalah suami kepada wanita yang mati ditembak dalam masa yang sama.Kesemua mangsa yang terlibat adalah penganut Budha.
Tanggapan perkauman
Kejadian yang berlaku ini telah dijadikan tanggapan perkauman oleh setengah-setengah pihak, kerana premis yang berhampiran dengan mereka yang malang ini adalah milik orang melayu yang beragama Islam dan terlepas daripada rompakan tersebut.
Sekiranya tanggapan ini berlarutan dan dijadikan isu semasa terus menerus, Wilayah ini akan menjadi lebih huru hara dan sukar dikawal. Menurut beberapa orang penduduk di Pekan ini, tidak dapat dinafikan, ada pihak-pihak tertentu yang sengaja cuba menyebarkan tanggapan perkauman ini demi kepentingan yang mereka sendiri tidak memahaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan